Want your
own Fotopage?












 
Adam's FotoPage

By: Adam Fanclub

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 1-Oct-2006 15:23 Email | Share | Bookmark
ADAM @ Bintang Popular - 01.10.2006

++Reunion penuh brmakna++
++menjamu juadah berbuka++
++amin..semoga majlis di berkati++
 
++Sempat meraikan hari Jadi ADAM++
 
 
Bintang Popular - 01.10.2006

Cikgu Linda, bekas pelajar tetap 5,6,7,8!
Oleh Zubir Mohd Yunus


JAM di dinding studio menunjukkan hampir 11 malam, seorang demi seorang bintang AF yang lengkap berbaju Melayu dan kurung memasuki bilik persalinan, manakala Linda Jasmine yang sudah sedia dengan pakaian aerobik, sabar menanti kehadiran bintang realiti TV berkenaan yang suatu ketika dulu pernah menjadi pelajarnya.

Setengah jam kemudian, kelihatan Adam dari AF2, Zarina AF2, Atie AF1, Bob AF2, Amylea AF3, Ekin AF3, Yazer AF3, Reza AF3 dan Adifashla AF1, semuanya sudah bersiap sedia di belakang Linda, hanya menunggu arahan daripadanya sebelum kelas dance fusion bermula.

"OK, boys, girls, ready! 5,6,7,8! Adi, Reza, salah tu, buat betul-betul!"

Itulah Linda Jasmine, aksi yang sama ditampilkan ketika dia menjadi tenaga pengajar di AF untuk musim pertama hingga keempat.

Kata Linda, demi minatnya yang mendalam kepada seni tari, dia tetap membuka kelas tariannya walaupun pada bulan puasa. Tambahnya lagi, selepas solat terawih, dia akan kembali ke studio bersama dengan pelajarnya meneruskan kelas tarian sehingga lewat malami.

"Setakat ini, ramai di kalangan remaja dan pelajar sekolah yang jadi anak murid saya. Minat yang mereka tunjukkan menjadi kekuatan saya. Alhamdulillah, mereka yang mengikuti kelas tarian saya sudah ada fokus, maka timbullah minat, justeru mereka tidak akan sia-siakan masa.

"Apa yang saya usahakan hari ini adalah sesuatu yang positif, sekurang-kurangnya berupaya mengurangkan gejala sosial yang lazimnya dilakukan remaja.

"Tambahan pula, apabila mengikuti kelas tarian pada Ramadan, ia membantu membakar lemak berlebihan, maklumlah apabila buka puasa, macam-macam kita makan," kata Linda.

Selain dance fusion, kelas tarian yang diusahakan Linda merangkumi jazz, kontemporari, break & hip hop, yoga, ballet dan salsa, selain kelas vokal yang dibimbing bekas tenaga pelajar AF, Adnan Abu Hassan. Manakala bayaran mengikut pakej adalah sekitar RM150 hingga RM300 dan yuran pendaftaran (sekali bayar) ialah RM50.

Terdahulu, Linda bersama bintang AFnya berbuka puasa di studio. Ternyata, Adam, Zarina, Atie, Bob, Reza, Amylea, Adifashla, Ekin dan Yazer nyata terlalu gembira apabila dapat bertemu semula, ibarat konsert reunion! Linda juga sempat meraikan sambutan ulang tahun Adam yang ke-23 di studionya sebaik saja jamuan berbuka puasa.



Tue 3-Oct-2006 15:11
Posted by:alysha
lawanya baju raya Adam ni!! Suke sgt2. Nak beli kain cam ni la... baju raya Adam taun ni kaler ape ek?? sape tau??? Tue 3-Oct-2006 18:40
Posted by:azwan rizani aniacz23@yahoo.com
pndai adam bergaya walaupun baju tue baju recycle Sat 7-Oct-2006 03:23
Posted by:anadz dilla_hirra@yahoo.com
recycle pun tetap hensem Sat 7-Oct-2006 14:57
Posted by:myra,kotakinabalu
saya suka sangat tengok adam pakai baju melayu.<malina> Sun 17-Dec-2006 06:25
Posted by:MALINA malina.@yahoo.com
adam? cehhh......klon yusri.....tak bestttt Thu 15-Feb-2007 07:18
Posted by:Padam
MEKOM BOLEH KITA KENAL Thu 26-Jul-2007 06:23
Posted by:APY


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.